Bahan-bahan yang diperlukan:


1. Air RO 3-4 Liter.
2. ½ botol pati jagung double lion 495ml.
3. 3 tin susu pekat dairy champ.
4. 3 tin susu cair dairy champ.
5. 1 sudu kecil pewarna merah. ( tips supaya warna air jagung menjadi kuning seperti jagung madu)
6. 1 sudu kecil perisa jagung.
7. 1 tin sweet corn ayam brand
8. 1 beg ais kiub.
9. 2 sudu garam halus.( tips supaya air jagung lebih lebih berlemak walau sudah diletak susu)

Cara-cara menyediakan Air Jagung Susu


1. Masukkan air RO dalam balang air yang berkapasiti 30 liter.
2. Masukkan susu pekat dan susu cair. Kacau sekejap.
3. Masukkan pati jagung.
4. Masukkan pewarna dan perisa jagung. Kacau sekejap.
5. Masukkan sweet corn ayam brand.
6. Masukkan garam dan kacau.
7. Masukkan ais kiub 1 beg.
8. Selesai.
Tuangkan kedalam gelas bersama ketulan ais. Boleh juga diletakkan aiskrim vanila diatasnya.


Koleksi 25 Resepi Jus Yang Paling Laris 


Dapatkan ebook khas koleksi resepi iaitu "25 Resepi Jus Yang Paling Laris" di pasar ramadhan. Anda tak perlu pening lagi nak buat dan jual air apa. Pilih sahaja beberapa air yang ada diberikan di dalam ebook ini! Resepi yang saya kongsikan.

Sumber : airbalang.com/resepi-air-jagung-yang-laris/

Post a Comment