Resepi air balang - Ais Lemon Pudina


Salam sejahtera, di sini saya nak kongsikan resepi Air Balang "Ais Lemon Pudina" yang saya kutip hasil viral. Kalau saya tahu pemilik asal resepi ini, nanti saya akan letak di bahagian sumber. Semoga resepi ini bermanfaat, sesuai untuk majlis dan buat bisnes di bazaar.


BAHAN-BAHAN (sukatan untuk 1 balang air):

  • Daun pudina (RM2.00) 
  • Lemon (4 biji) 
  • Sunquick (100g) 
  • Serbuk asam jenama Knorr (100g)- ada dijual di pasaraya •
  •  Air gula (1 liter) 

CARA-CARA MEMBUAT

  1. Kisar lernon (3 biji) dengan air (2 liter). Ambil air sahaja dan hampas buang masuk dalam bekas air. Masukkan kesemua air gula. 
  2. Sunquick dan serbuk asam Knorr dimasukkan sekali air panas (1 liter). Kacau dan masukkan dalam bekas air lemon tadi. 
  3. Masukkan air batu dan pati air lemon. Masukkan air masak (agak-agak sahaja), hiris lemon (1 biji) dan daun pudina. Kacau dan siap untuk diminum.

NOTA :

  • Jika mahu buat banyak, gandakan sahaja. 
  • Jika mahu buat banyak, pastikan perlu tapis banyak 2 atau 3 kali. 
  • Pati air lemon ini boleh disimpan dalam freezer. 
  • Boleh pelbagaikan jenis buahan tin atau segar mengikut citarasa sendiri. 
  • Untuk ais lemon pudina laici asam boi, pemilik resepi asingkn laici bersama asam bajet pek buat dalam 15-20 plastik sahaja (rujuk gambar dibawah). Jika mahu buat terus dalam balang juga boleh, janji sedap rasa laici. Jangan kedekut bahan.


Sumber : Viral



Post a Comment