Bahan-bahan Jus Mangga Susu Paling Sedap
Mangga masak dalam 4kg (bersamaan 23 biji mangga).
Air yang telah dimasak atau mineral water
Pewarna oren
4 tin susu pekat
2 tin susu cair
Cara-cara penyediaan jus mangga susu
Kupas mangga masak dan buang bijinya.
Masukkan isi mangga tadi sehingga separuh daripada badan pengisar, kemudian masukkan air masak yang sejuk.
Kisar isi mangga menggunakan pengisar elektrik sehingga larut sekata.
Asingkan hasil kisar ke dalam bekas yang berasingan.
Ulang langkah tadi sehingga isi mangga habis dikisar.
Campurkan hasil kisar tadi ke dalam balang air yang berisi dengan 1-2 bag ais. Kacau sehingga sekata.
Tips jus mangga:
- Gunakan air masak. Elakkan menggunakan air paip kerana ianya tidak elok untuk kesihatan. Rasa air mangga akan janggal kerana air paip mengandungi klorin.
- Masukkan perwarna oren setitik demi setitik kemudian kacau sehingga mendapat warna yang menarik.
Koleksi 25 Resepi Jus Yang Paling Laris
Dapatkan ebook khas koleksi resepi iaitu "25 Resepi Jus Yang Paling Laris" di pasar ramadhan. Anda tak perlu pening lagi nak buat dan jual air apa. Pilih sahaja beberapa air yang ada diberikan di dalam ebook ini! Resepi yang saya kongsikan.
Sumber : cikmatahariku.blogspot.com/2019/03/5-resepi-air-balang-best-seller-di.html
Post a Comment